Monday 26 September 2011

BELIA AGEN TRANFORMASI


BELIA AGEN TRANFORMASI NEGARA
(Pemenang Tempat Keempat Pertandingan Penulisan Esei Kemerdekaan 1 Malaysia Negeri Johor).


Disusun oleh : Muhammad Farihin Hassan


Pengenalan Belia.
           

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan belia sebagai muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi.  Menurut http://belia.org.my/v2/ statistik belia dalam Negara kita  pada tahun 2005, daripada 27 juta orang rakyat Malaysia 11 juta daripadanya adalah di kalangan warga belia iaitu mewakili 43 peratus manakala pada tahun 2008 daripada 28 juta rakyat Malaysia 12 juta orang daripadanya adalah belia, sumber Jabatan Perangkaan Malaysia. Melalui laporan ini menampakkan peningkatan aktif jumlah orang muda belia dalam Negara kita.

Manifestasinya secara jelas yang terkini adalah semasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 2011 baru – baru ini juga disambut serentak dengan Hari Malaysia. Penglibatan lebih 80 peratus belia sebagai peserta sambutan membuktikan kepada kerajaan untuk mengiktiraf golongan itu sebagai penyandang tanggungjawab menzahirkan transformasi negara. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dalam reaksinya antara lain menyebut tentang kekaguman beliau dengan penglibatan belia ini dan melihat adanya signifikasi apabila kumpulan belia diletakkan dalam kumpulan utama pada kali ini. Beliau mengetuai Kontijen Generasi 1Malaysia Cergas disertai 100 orang ahli. Kontijen ini mempamerkan trend masa kini belia yang sihat, cergas dalam era serba moden. Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, berkata daripada 10,073 peserta yang terbabit, seramai 8,500 peserta adalah golongan belia. Beliau yang juga Penyelaras Acara sambutan berkata, penglibatan peserta belia pada kali ini berjaya memberi satu gambaran baru kepada corak persembahan yang dilihat lebih bertenaga, cergas dan rancak. 






Demikianlah serba sedikit maklumat berkaitan dengan belia di Malaysia hari ini yang saya kaitkan dengan hari penuh bersejarah disambut seluruh rakyat Malaysia di seantero dunia. Menyorot kembali antara reaksi pimpinan utama belia seperti di atas barangkali boleh dijangkakan yang pemahaman golongan belia di Negara ini tentang fungsi dan peranan mereka sebagai agen tranformasi Negara telah semakin bertambah. Menghayati sejarah kebebasan Negara daripada cengkaman penjajah adalah isyarat positif jika dikaitkan dengan kata ilmuan bahawa masa depan sesebuah Negara adalah bergantung kepada generasi belianya hari ini.
Malaysia dijajah dan ditakluki sebegitu lama, sejarah menyatakan betapa hinanya bangsa dan negara ini hinggakan adanya kerajaan di Tanah Melayu yang perlu menghantar bunga emas kepada kuasa besar tertentu agar kuasa tersebut menjaga dan menjamin keselamatan mereka, ia seolah membayar wang perlindungan, sehinggalah British yang menaungi negara ini yang pada awalnya hanya sebagai penasihat telah bertindak seolah kita dijajah. Apa sahaja nasihat mereka kepada pemerintah sebenar iaitu Raja – Raja Melayu kelihatan sebagai suatu arahan yang mesti dituruti. Penjajah ini bukan menaungi negara kita demi menjaga negara dan rakyat semata – mata sebaliknya mereka mengambil peluang menjadikan kita pak turut bagi memenuhi kepentingan ekonomi dan politik mereka. Sehinggalah kemuncaknya mereka mengusulkan Gagasan Malayan Union yang kandungannya antara lain untuk memastikan negara ini terus ditakluk dengan kuasa institusi istana akan pudar sedikit demi sedikit manakala komposisi rakyat tidak lagi memihak kepada pribumi asal. Demi menyelamatkan maruah umat rakyat dan menjamin kestabilan tanah air maka orang melayu bergabung atas satu nama menentang gagasan ini. Sehinggalah pada Tanggal 31 Ogos 1957 akhirnya kita memperoleh status merdeka. Persoalan samaada dijajah atau dinaungi harus difahami warga belia masa kini bahawa apapun istilahnya pada saat sebelum kemerdekaan iaitu selama ratusan tahun itu, situasi rakyat dan bangsa di tanah bertuah ini hidup terkongkong dan tidak bebas mentadbir negara kita sendiri malahan sejarah membuktikan sepanjang jangka masa itu rakyat kita ditindas, dibunuh, diperkosa, diperangi dan diseksa oleh sebilangan penjajah. Sebaliknya detik kemerdekaan itulah yang menandakan kita telah bebas berbuat apa sahaja terutama dalam bab mentadbir negara kita sendiri mengikut acuan dan rentak yang kita tentukan dan kita sudah tidak perlu takut dan tunduk kepada mana – mana kuasa sekalipun. Sebab itu kepada saya maksud sebenar kemerdekaan yang para belia harus memahami adalah merdeka bererti kita sudah tidak punya rasa takut kepada sesiapapun.
           
Untuk belia kita mendepani cabaran sebuah Negara merdeka, mengatasi segala kelemahan yang ada adalah risiko yang perlu dihadapi bagi meneruskan kelestarian sebuah Negara Bangsa. Bapa Permodenan Negara Tun Mahathir Mohamad menyebutnya dalam sajak dengan lebih tepat iaitu “ mengisi kemerdekaan ini lebih sukar ” daripada ketika kita mula mahu mendapatkannya. Kerana itu belia masa kini selaku kuasa besar dalam menentu hala tuju Negara harus benar – benar menginsafi bahawa masa depan adalah milik kita selagi warga belia mempunyai elemen ketahanan mental dan fizikal selain perlu dinamik dan mempunyai segala kelengkapan untuk terus maju memimpin tranformasi Negara.

Definisi Belia

            Robert Havighurst merungkai dengan panjang lebar tentang definisi belia, Berpegang kepada teori ‘tugas perkembangan’ (developmental task, Havighurst, 1972) beliau merumuskan bahawa belia atau remaja definisinya adalah suatu fasa hidup di mana seseorang individu menggunakan secara efektif apa sahaja yang ada padanya merujuk kepada struktur tubuh atau bentuk badan. Belia juga menyatakan dalam fasa ini belia akan cenderung untuk gigih di dalam menjalin hubungannya dengan belia yang sebaya daripada jantina berlawanan secara lebih matang. Selain itu disebut juga yang ianya proses mencapai peranan sebenar berdasarkan jantina, emosi yang bebas daripada sebarang pengaruh luar dan keinginan untuk sempurna dalam hal ekonomi. Turut dikaitkan oleh Havighurst semakin mendadak kehendak untuk berkeluarga, mempunyai rasa kebertanggungjawaban dalam hubungan sosial disamping membina nilai kendiri yang bakal mewujudkan ideologi. Dalam mendefinasikan zaman yang semua orang akan lalui ini juga, golongan belia selalunya akan didorong perkembangannya oleh reaksi komuniti sekeliling yang dipengaruhi aspek semulajadi seperti kebolehan diri, ilmu pengetahuan dan kemahiran, di mana peranan dan fungsinya menurut peringkat tertentu individu belia itu sendiri.

           



Dalam islam jelas menggariskan empat tahap manusia iaitu anak di bawah umur, dewasa atau belia, dewasa akil baligh dan warga emas. K.H Ali Yafie (1997) menjelaskan menurut pandangan ulama antara proses manusia berkembang adalah berdasarkan usia bayi, usia kanak – kanak, usia remaja, usia dewasa muda, usia dewasa matang, usia tua. Commonwealth Youth Secretariate (1993) menakrifkan umur belia adalah di antara 15 hingga 25 tahun manakala Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga golongan belia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995) menyebut belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun bersandarkan takrif Majlis Belia Malaysia 1985 dan kerana ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan disusun.

Belia Agen Utama Melaksana Dasar Tranformasi demi kemajuan Negara.

Sebelum memperkatakan dengan lebih jauh tentang peranan belia dan fungsinya untuk mengisi kemerdekaan ini, harus dilihat apakah pula langkah yang diambil kerajaan hari ini dalam memperkukuhkan  usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara maju pada tahun 2020 nanti. Antaranya kerajaan mengumumkan pelaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang dirangka berasaskan Konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.PTK turut menggariskan secara terperinci tentang objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam memastikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) mencapai matlamat. Ia semata - mata bagi meghasilkan transformasi atau perubahan yang diharapkan oleh rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang terancang dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat yang sistematik. Demi memastikan PTK mencapai objektifnya, kerajaan dan perkhidmatan awam mewujudkan sikap saling bergantung dan saling melengkapi di antara satu sama lain dengan lebih erat, Kerajaan amat serius dalam melaksanakan dasar ini maka para belia harus tahu tentang semua perkara yang digariskan dalam Pelan tindakan PTK yang berpaksikan kepada  Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagaimana dinyatakan dalam http://pmr.penerangan.gov. iaitu :

Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012 dan menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah.Melihat perkembangan ramainya tenaga pendidik iaitu guru dan pentadbir sekolah di pelbagai peringkat adalah di kalangan orang muda atau belia maka di sini kita dapat melihat tentang besarnya harapan kerajaan dalam merealisasikan NKRA ini.

Mengurangkan kadar jenayah

Belia sememangnya dilihat secara terus dalam mencapai NKRA ini jika diperhatikan betapa ramainya penglibatan belia dalam siri mengambilan anggota pasukan keselamatan Negara.Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010 disasar dan kerajaan menetapkan seramai 6,000 orang  kakitangan kerajaan daripada  pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.

Memerangi Rasuah

Kerajaan hari ini memutuskan dengan tegas bahawa pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad demi memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International. Jika dilihat daripada usaha ini maka lebih ramai belia akan berpeluang luas mendapatkan tender kerajaan terutamanya asalkan mempunyai reputasi syarikat yang berkemampuan tinggi melaksana pelbagai projek untuk rakyat. Melahirkan ramai usahawan belia pula dapat dilihat melalui usaha kerajaan melatih dan memperkasa usahawan belia terutama bumiputera melalui kementerian tertentu dan agensi di bawahnya.




Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah

Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan dan bilangan usahawan wanita yang tentunya dimonopoli pengusaha beliawanis dalam Negara yang selama ini menghadapi masalah kekurangan modal dan sistem pemasaran produk yang terhad akan menikmati manfaat daripada NKRA ini apatah lagi apabila kerajaan komited menambahnya daripada  717 orang kepada 4,000 orang melalui AIM menjelang 2012.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman

Sebagaimana maklum di dalam Negara kita ini generasi muda belia adalah majority pemain dalam menggiatkan aktiviti ekonomi Negara. Kepesatan ekonomi dan perindustrian meletakkan belia dalam kelompok majority yang mempunyai kuasa beli yang besar selain turut tergolong dalam kumpulan besar yang mempunyai masalah kewangan akibat daripada kesempitan hidup. Dengan memperkasa kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak, menambah 50,000 lagi rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar menjelang 2012, diyakini kerajaan akan menyelesaikan hampir keseluruhan masalah orang muda belia terbanyak dalam Negara kita.
Generasi belia yang bijaksana tentunya melihat semua ini dengan penuh ketelitian. Selain memikirkan manfaat yang kita bakal peroleh daripadanya, Menyedari peranan dan fungsi dalam menjayakannya wajar memperkukuhkan jati diri kita selaku agen transformasi Negara.










Kerajaan Mengiktiraf Belia Selaku Agen Transformasi Negara
            Utusan Malaysia pada 29 Mei 2011 menyiarkan berita bertajuk Parlimen Belia ditubuhkan yang diumumkan Perdana Menteri semasa Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya.  Tujuan utama penubuhannya adalah bagi member lebih ruang dan peluang kepada generasi belia Negara mengemukakan cadangan membina kepada kerajaan. Selain turut mengumumkan lima inisiatif baharu yang pastinya menguntungkan golongan tersebut iaitu menyedari tanggungjawab sebagai agen transformasi Negara memerlukan belia yang aktif dan cerdas maka kerajaan akan mewujudkan Taman Belia di Putrajaya yang bakal menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan dan seumpamanya. Kedua bagi melahirkan generasi belia yang matang, kreatif, berinovasi tinggi dan sentiasa berinformasi dalam melaksanakan transformasi maka kerajaan memperkenalkan portal belia yang memaparkan seribu malah sejuta maklumat aktiviti belia di seluruh tanah air. Inisiatif ketiga buat pertama kalinya kerajaan Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model atau contoh ikutan terbaik kepada kumpulan belia yang semakin mendominasi jumlah besar rakyat dalam Negara kita. Keempatnya bagi mewujudkan generasi berani dan rajin dalam membantu memajukan Negara My Corps diperkenal  untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia. Kelima, Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang yang diceburi belia iaitu keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.





Kesimpulan
Memperkukuh Belia Agen Tranformasi Negara
            Portal Rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia http://roy.kbs.gov.my memaparkan sehingga Ogos 2011 terdapat 9080 permohonan pendaftaran baru pertubuhan belia diterima pejabat itu di mana 7494 permohonan atau 83 peratus daripadanya telahpun diluluskan melibatkan seramai hampir 3 juta orang belia sebagai ahlinya. Ini menunjukkan perkembangan yang sangat baik melihatnya daripada pelbagai dimensi. Pelbagai usaha yang kerajaan lakukan nampaknya semakin membuahkan hasil. Hanya dengan kekuatan penuh daripada generasi belia yang berwawasan dan berintegeriti sahaja mampu memperkukuhkan usaha murni kerajaan menjadikan Negara ini sebuah Negara maju dengan acuan tersendiri. Di dalam islam sendiri banyak menyebut tentang belia dan pemuda yang berkualiti dan diredhai begitu menurut al quran dan sejarah perjuangan rasulnya s.a.w.
            Walaubagaimanapun sebagai aset utama dan berharga bak kata perpatah kerana sebiji mutiara lautan dalam sanggup diselami golongan belia harus mempertingkatkan budaya kehidupan yang positif, sentiasa mendalami ilmu dan menggarabnya. Generasi ini harus menjauhkan diri daripada aspirasi songsang yang terlalu banyak merungut daripada berusaha untuk memajukan diri termasuk menghindarkan jiwa daripada mendekati kumpulan berfahaman songsang dan anti nasional. Perbuatan melampau dalam hubungan sosial juga mesti dikekang daripada menjadi amalan golongan belia kerana stigma ini mengaitkan kita dengan seribu macam aspek jenayah seperti penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, keciciran pendidikan, lumba haram dan sebagainya.




Bagi memberi motivasi kepada Belia Agen Tranformasi Negara, di sini saya coretkan beberapa pesan motivator yang sering kita dengar tetapi selalu dilupakan antaranya untuk menjadi belia cemerlang, kita perlu memiliki keperibadian yang baik, bersih dari segi rohani dan jasmani dan sentiasa memberi sumbangan kepada Negara. Belia juga perlu menggunakan teknologi dengan sebaiknya dan melakukan perubahan yang baik, mula dari kita, jangan tunggu orang lain. Jangan banyak perubahan biar sedikit demi sedikit. Jangan bertangguh, laksanakan sekarang. Tukar musibah menjadi nikmat. Tukar negatif jadi positif! Perlu gunakan peluang yang kerajaan sediakan untuk belajar terus belajar. Semua kerja yang dilakukan adalah bergantung kepada niat.
Belia sebagai Agen Tranformasi Negara perlu ada Ciri-ciri warganegara dan bangsa yang kuat iaitu menjadi rakyat berjiwa besar, berwibawa, disegani dan bukan untuk ditakuti. Belia juga harus rajin, tidak suka meminta-minta, berkeyakinan tinggi, berakhlak baik, beriman, berdisiplin dan mempunyai hati yang bersih (tidak dengki melihat kejayaan orang lain dan tidak  mempertikaikan kejayaan orang lain ), mengelakkan diri daripada gejala sosial dan kemas dalam ibadah. Akhir sekali para Belia Agen Tranformasi Negara beringatlah Masa adalah umpama pedang, kalau kita tidak potong, ia yang akan memotong kita.

Orang Jahat Akan Menang Kalau Orang Baik Berdiam Diri.

Sunday 18 September 2011

NEGARA KUKU


Saya yakin anda semua masih ingat sebelum ini dia menggemparkan negara dengan penyiaran video melalui youtube lagu Negaraku dalam rentak rap yang diberi judul NEGARAKUKU. Melalui video tersebut pelbagai gambaran tentang Malaysia ditonjolkan antaranya ( merujuk video dalam youtube ) di negara ini adanya morning call mengejutkan orang bangun pagi berlatarbelakangkan ayam dan masjid.

Pada ketika itu ramai rakyat Malaysia yang tersinggung dan tidak kurang juga ada yang membuat laporan dan kenyataan akhbar. Tetapi yang hairannya tiada tindakan diambil menurut undang - undang oleh pihak bertanggungjawab.

Setelah itu kita dikejutkan lagi dengan tindakan budak ini yang berpakaian ala hip hop masuk ke parlimen dikatakan untuk berjumpa seorang menteri bagi membuat sesuatu permohonan. Hebatnya... getus saya dalam hati ini, hina lagu kebangsaan dan malukan negara di seluruh dunia dapat pula jumpa menteri, eh.. ada pula menteri yang nak melayan, agak kalau anak orang kampung saya nak jumpa menteri itu untuk minta asrama penuh dia layan tak?.

Memeranjatkan lagi kita apabila mendapat khabar budak yang hina lagu negaraku ini khabarnya mendapat peruntukan tertentu untuk buat filem, fuhh ... lagi hebat, dan akhirnya atas sokongan banyak pihak filem itu ditayangkan.

Dalam minggu ini akhbar laporkan ada kumpulan tertentu mengamuk marah berdemonstrasi di Ipoh marahkan penayangan filem itu yang dikatakan memberi pengaruh buruk kepada generasi muda. Maka muncullah budak ini semalam ( kelmarin ) meminta kerajaan jangan turut dengan desakan kelompok yang tidak sukakan filemnya kerana kerajaan sendiri telah meluluskan penayangannya selepas tapisan.

Saya sendiri belum menonton filem itu, apa yang saya tahu budak ini masih berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia khususnya orang melayu yang beragama islam. Hanya manusia terkutuk dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup menghina negaranya sendiri dan memperleceh amalan agama orang lain.

Sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil, mungkin kerana kita sudah tidak punya sensitiviti lagi. Negara dan agama bukan perkara main - main. Kita tidah bersusah payah menjaga negara ini untuk diperlakukan sebegini sewenangnya.

Kerna itu saya pelik sangat apabila kerajaan masih membiarkan budak itu terus terusan berkeliaran, yang lepas dia muncul dalam video di youtube berkenaan isu seorang pengetua sekolah di Johor. Apa sudah jadi ni?

Dalam negara kita ini ramai belia, pemuda yang berwawasan berpendidikan tinggi mengharumkan nama negara di sana sini. Mengapa dalam 'mengurus' rakyat yang tak tahu diuntung ini kita terlalu berlembut. Sedarkah kita dengan memberi keistimewaan kepadanya dan tidak mengambil sebarang tindakan, membiarkan segala perilakunya menunjukkan seolah kita mengajar seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda bahwa tidak mengapa menghina negara dan mencaci agama, nanti kerajaan dan rakyat Malaysia akan maafkan.

Fenoma ganjil ini akan jadi rekod dalam negara. Ia akan jadi rujukan sejarah betapa kegagalan pihak berkuasa menangani isu ini dan sebegini yang pada masa depan entah berapa ramai lagi NAMAWEE dan NEGARAKUKU yang akan muncul

Perkembangan terkini, keberaniaan mengagungkan komunis, mempertikaian status pejuangan negara, hasrat ingin mengubah bendera dan seumpamanya benar - benar menggusarkan saya.

Yang saya paling risau adalah kita sudah tidak punya rasa MARAH !!!



" ORANG JAHAT AKAN MENANG KALAU ORANG BAIK BERDIAM DIRI "




Muhammad Farihin Hassan



















Friday 16 September 2011

Jika Najib ikhlas, bebas atau dakwa tahanan ISA

Jika Najib ikhlas, bebas atau dakwa tahanan ISA

Berita Harian Online | Zaid mohon maaf kepada PM isu ISA

Berita Harian Online | Zaid mohon maaf kepada PM isu ISA

PM mansuh ISA di saat terdesak

PM mansuh ISA di saat terdesak

MANSUH I.S.A ??

1. Bila kita mansuhkan adakah kita akan dipanggil baik dan bagus?

2. Kita buat demi rakyat? mereka puas hatikah?

3. Selepas ini mereka akan terus sokong kita?

4. Kita ikut prinsip islam,kebebasan dan kemanusiaan.Mencegah keganasan tidak islamik ke?

5. Atau semakin ramai yang berpendapat macam MB Kelantan?




" ORANG JAHAT AKAN MENANG KALAU ORANG BAIK BERDIAM DIRI "








Muhammad Farihin Hassan

HARI MALAYSIA
MENGINGATKAN KITA DENGAN PENIPUAN

Penipuan 1
Sejarah negara mencatatkan seorang yang mendapat tumpuan negara telah menipu secara besar - besaran bahawa kerajaan akan bertukar pada bila - bila masa! (16 sEPTEMBER).

Penipuan 2
Kononnya 30 ahli parlimen kerajaan akan berpaling tadah menurut kata si penipu.

Penipuan 3
Kononnya pihak istana dan tentera telah menyokong, dasar penipu.

Macam ini pun masih ramai yang nak percaya orang seumpama ini. Betapa bodohnya sebahagian daripada kita. Ini bukan kes sekali dua kena tipu tapi dah banyak kali kena tipu pun masih nak percaya juga? nak sokong juga? eh..ada pulah ustaz yang sokong, profesor doktor pun sama, cikgu2 pekerja kilang semua ni sama bodoh.

kita ni bila kena tipu sekali dua oklah...tapi kalah dah seumur hidup kena tipu, apa nak jadi.Ini belum cerita menipu sakit,kena racun dan lain - lain.

Banyak kisah perihal penipu ni, tapi pada Hari Malaysia yang disambut serentak Hari Kemerdekaan tahun ini, penipuan si penipu cukup berbekas dalam hati sanubari.
Moga kita tidak terus ditipu.

KALAU MASIH NAK TERUS MENIPU? NAK MENIPU LAGI?....MUNGKIN BRIGED PARA BOLEH SELESAIKAN ANDA, KALAU DAH TERPAKSA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 54

MERDEKA MERDEKA MERDEKA




" ORANG JAHAT AKAN MENANG KALAU ORANG BAIK BERDIAM DIRI "








Muhammad Farihin Hassan















Thursday 15 September 2011

BIARLAH PERGI DENGAN PENUH HORMAT DAN BANGGA

Lelaki itu didakwa kerana menyebabkan kematian. Semasa itu dia sedang menjalankan tugas, berseragam penuh dan berada dalam kenderaan kategori pelbagai guna. Orang lain mungkin tidak tahu apa tugas sebenar lelaki itu tetapi yang penting isteri dan anaknya tahu pada hari itu suami dan bapa mereka keluar rumah bertugas syif malam untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara tercinta ini. Ahli keluarganya juga tahu tugas lelaki itu penuh risiko dan perlu bergadai nyawa demi orang lain, selain daripada itu mereka tidak tahu.

Ketika menjalankan tugas lelaki itu bukanlah orang awam seperti kita, sebaliknya dia ialah anggota pasukan keselamatan yang bersengkang mata juga bersenjata. Pengalaman menjadikan dia cukup cekap dan berdisiplin melaksanakan tugas sehinggakan dia tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Masa secukupnya telah diberi dan dengan penuh cekal dan berani lelaki itu menenang senjata dan mencekah picunya dengan yakin (bukan sewenangnya).

Dia berani sebab itulah tugasnya, tugas yang bukan seperti tugas kita. Ia adalah amanah sebesar gunung atas jemalanya. Ia wajib dilaksana tanpa gagal. Itulah yang sentiasa didendangkannya kepada sesiapa. Tetapi hari ini beliau dihukum kerana melaksanakannya (harus akur) yang dikatakan silap dan tersalah.

Walau apapun percayalah yang beliau pergi kerja hari itu bukan untuk membuat silap mahupun melakukan kesalahan. Isteri dan anak - anaknya tahu tentang itu. Pada hari kejadian dia berpakaian pemberian kerajaan, berkenderaan milik kerajaan dan melaksana tugas amanah kerajaan. Oleh itu seharusnya ketika lelaki ini menerima hukumannya hari ini biarlah dengan penuh hormat.Dia tidak seharusnya dilihat sebegitu.



Muhammad Farihin Hassan

JANGAN SESEKALI TAKUT MELAKSANAKAN TUGAS

apapun keputusan mahkamah, kita harus akur atas prinsip keluhuran perlembagaan

Berita Harian Online | Koperal Jenain bersalah sebabkan kematian Aminulrasyid

Berita Harian Online | Koperal Jenain bersalah sebabkan kematian Aminulrasyid

Wednesday 14 September 2011

PENGKHIANAT MENJELMA MACAM HANTU

Pengkhianat menjelma dalam negara kita macam hantu, mengacau sejarah perjuangan dalam negara bak mengusik sarang tebuan maka ramailah rakyat yang marah walaupun ia tidak cukup lagi menterjemah kejijikan pelakuan si pengkhianat negara ini.

Ada yang katakan, pengkhianat itu adalah sekadar membacakan skrip rakan kongsinya dalam amalan politik berbahaya.

Apa yang saya hairankan adalah ramai juga orang kita yang membela si pengkhianat ni. Dungu !!

Negara ini bukan mendapat merdeka dengan percuma, ada harga darah dan air mata yang dibayar !!

AWAS DENGAN JELMAAN PENGKHIANAT

Mengubah sejarah negara bukan perkara kecil.