Monday 2 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

SELAMAT DATANG 2012

Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang 2012 yang semakin bersemangat dan menjamin kejayaan dunia akhirat.

Dah lama tak bertemu sebab saya suka ambil masa memerhati dan terus memerhatikan.

2012 pasti lebih mencabar, topik pilihanraya pasti jadi tajuk utama, tak payahlah kita sibuk tanya bila tarikhnya sebab ia tak penting pun pada kita. Apa yang penting kita akan pangkah calon yang ada dua kategori iaitu :

1. Calon ada peribadi dan personaliti yang baik dan mampu memikul amanah. Maksudnya berpelajaran, berpenampilan mulia dan ada rekod perkhidmatan yang cemerlang kepada awam. Walaupun dia tak terlalu pandai bercakap mahupun bersyarah tetapi dia mesti dikenali dengan integeriti yang bagus bukan yang dikenali kerana dikatakan terlalu banyak menyeleweng. Jika semua kriteria ini ada dan ditambah pula kalau calon itu memang pandai berucap dan berhujah, tentunya ia satu bonus kepada pengundi. Penting juga bagi seseorang calon itu dikelilingi orang yang berguna bukan yang haprak.

2. Calon yang mesti dipangkah adalah calon yang mewakili partinya yang mempunyai rekod baik berkhidmat kepada rakyat. Bukan parti yang banyak membohongi rakyat. Semua ni kita boleh tengok sendiri samaada sesebuah parti itu boleh dipercayai atau tidak. Ada parti yang muncul kerana nak mempertahankan seseorang sahaja, apa sahaja orang ni buat betul belaka bahkan bila si pemimpin ni bergelumang dengan isu moral pun masih nak disokong. Ada satu parti tu pula sejak awal penubuhannya hanya pandai mengeksploitasi agama yang suci. Semua benda dipolitik agamakan, maksudnya agama digunakan untuk menghalalkan sesuatu tindakan partinya sendiri dan agama juga digunakan untuk menjahanamkan parti lawan. Parti yang satu lagi pula adalah jelmaan. ini yang paling bahaya, mereka inilah hantu raya dalam politik sesebuah negara kerana mereka boleh menyerupa. Mereka ini asal usulnya tidak baik kerana bersifat penentang malahan akan mengganas bila perlu. Semua ni bahaya sedangkan kita sudah mempunyai parti dan kerajaan yang selama ini mempunyai rekod terbaik walaupun banyak kelemahan.

Dalam tahun 2012 ni saya harap pemimpin dalam parti berubah. Kepada ramai orang tarikh pilihan raya tidak penting dan apa yang dibuat dan diberi kepada rakyat sempena pilihan raya juga tidak penting dan teramat klise. Kepada kami apa yang penting parti penyelamat negara ini seharusnya mampu membariskan ramai pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar. Kita tak mahu pemimpin yang terlalu opotunis, pantang umpan melintas depan mata, mereka terus ngap ! tak toleh kiri kanan, padahal itu bukan rezeki tetapi umpan bro. Kalau rezeki dalamnya ada keberkatan, salah satu tandanya keberkatan rezeki walaupun ia sedikit tetapi cukup, kalau banyak pula bermanfaat, boleh digunakan untuk menolong orang lain. Tetapi kalau umpan pula dalamnya ada mata kail, mungkin juga racun yang boleh membiunuh, sekali kau ngap! terus mati.

kalau nak terus hidup, perlu bertindak segera agar persepsi rakyat pulih semula. Tidak ada lagi parti lain yang mampu memerintah negara ini, semuanya dah terbukti dan tak tersangkal oleh sesiapun mahupun pembangkang. Selama ini yang memberi modal kepada pembangkang untuk terus bernyawa dalam negara kita adalah pemimpin pemerintah yang tak amanah itu sahaja. Kalau semua pemimpin kita amanah, buat semua kerja yang atas meja bukan yang bawah meja dah tentu pembangkang hilang modal macam seorang yang bankrup. Apa pun tak boleh.

Yang tinggal kepada mereka hanyalah air liur sahaja yang akan digunakan untuk menghentam apa sahaja yang kerajaan buat walaupun dasar kerajaan tu baik. Dah saya katakan sebelum ni, sesuatu yang malang tentang negara ini adalah kerana pembangkangya yang tak tahu fungsi sebenar.

Saya doakan lebih ramai pemimpin yang amanah lahir dalam negara kita, tak kiralah mereka dari parti mana pun sebab kalau nak terus menjadikan negara ini maju semua itu penting. Kerajaan dan Pembangkang yang baik.

FARIHIN : Apa hal kawan - kawan di UPSI tu ? Perjuangan mahasiswa tiada noktahnya tetapi penuh beradab dan berbudi bahasa. Itu baru betul perjuangan.


Selamat Tahun Baharu 2012

Pertahanan yang kuat adalah dengan melawan berhabis - habisan, oleh itu kuatkanlah azam kerana,

' ORANG JAHAT AKAN MENANG KALAU ORANG BAIK BERDIAM DIRI'

Muhammad Farihin Hassan