Tuesday 28 August 2012

Salam hormat kepada semua rakan AeU, saya ada membuat ringkasan saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Mungkin ringkasan ini berguna kepada pelajar lain, jadi saya kongsikan di muhammadfarihinhassan.blogspot.com. Moga kita bersama mencapai kejayaan.

MQA 101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
BAB 4: MORFOLOGI
DEFINISI - bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata

Bidang morfologi meliputi aspek :
a) Bentuk kata
b) Proses pembentukan kata
c) Golongan kata
KATA TUNGGAL
Kata tunggal satu suku kata
Kata tunggal dua suku kata
Kata tunggal tiga suku kata
Kata tunggal (akronim)
BENTUK KATA TERBITAN
Kata terbitan berawalan
a) awalan kata nama
b) awalan kata kerja
c) awalan kata adjektif
KATA MAJMUK
a) rangkai kata bebas
b) istilah khusus
c) maksud kiasan
Penggandaan kata majmuk
a) Gandaan unsur pertama
b) Gandaan seluruh kata
c) Imbuhan awalan dan akhiran
d) Imbuhan apitan
KATA GANDA
Cth - negeri-negeri,
pensyarah-pensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura.
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Imbuhan kata nama
i) awalan pe
ii) awalan ke
iii) awalan se
iv) awalan juru
Pemajmukan
cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu
binaan dengan mempunyai makna yang khas
Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak



                                                                                   
GOLONGAN KATA
GOLONGAN KATA NAMA
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
KATA GANTI NAMA
a) kata ganti nama orang
b) kata ganti nama pertanyaan
c) kata ganti nama umum
d) kata ganti nama penunjuk
e) kata ganti nama hubungan
KATA KERJA
a) Kata kerja aktif transitif
b) Kata kerja aktif tak transitif
c) Kata kerja pasif
KATA ADJEKTIF
JENIS –JENIS KATA ADJEKTIF.
a) Sifat atau keadaan
b) Ukuran
c) Warna
d) Bentuk
e) Waktu
f) Jarak
g) Cara
h) Perasaan
DARJAH PENGHABISAN
KATA TUGAS
Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok  iaitu:
a) kata penyambung ayat
b) kata praklausa
c) kata prafrasa
Pilih kata hubung yang sesuai.
(maka, atau, bahawa, hingga, lalu, agar, sebelum, manakala, dan, apabila)
1.  Pasu bunga itu jatuh ke lantai _________ pecah.
2.  Basuhlah kaki kamu _____________ masuk tidur.
3.  Saya akan berusaha ____________ cita-cita saya tercapai.
4.  Makanlah ubat ini ____________ anda lekas sembuh.
5.  Mak Yam menganyam tikar ______________ Pak Ali menyirat jala.
6.  Suri rumah itu membeli sayur, daging, ___________ ikan di pasar.
7.  Kami yakin ____________ murid itu tidak bersalah.
8.  Dia terkejut _____________ mendengar berita itu.
9.  Budak itu kehilangan wang ____________ dia menangis.
10. Adakah yang ini ___________ yang itu nenek kamu ?
1. lalu
2. sebelum
3. hingga
4. agar
5. manakala
6. dan
7. bahawa
8. apabila
9. maka
10.atau

BAB 5: SINTAKSIS (GOLONGAN AYAT)
DEFINISI AYAT
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.
POLA AYAT DASAR
a. Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
b. Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
c. Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
d. Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
AYAT AKTIF
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
AYAT AKTIF TRANSITIF
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
AYAT PASIF
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri kedua.
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
AYAT MAJMUK
a) Ayat Majmuk Gabungan
b) Ayat Majmuk Pancangan
c) Ayat Majmuk Campuran
d) Ayat Majmuk Pasif
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris
itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga
tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu
salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan
pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
1. Majalah yang saya baca itu  sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga
kanak-kanak.
A. bukan saja sesuai untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
B. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga.
           C. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak.
D. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.


BAB 6:  KESALAHAN UMUM TATABAHASA
 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Kerja
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung
Kesalahan dari Segi Perbendaharaan Kata
Kesalahan dari Segi Penggunaan Hukum D-M
Arahan : Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris
itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika
anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah,
anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada
kesalahan, tandakan D.
1. Saya suka akan lobak putih kerana lobak putih mempunyai banyak vitamin.
A. banyak mempunyai vitamin
B. mempunyai vitamin banyak
C. mempunyai banyak vitamin-vitamin
D. mempunyai banyak vitamin

Bab 7: Penulisan Surat Rasmi
1. Penulisan Surat Rasmi
2. Format Surat Rasmi
3. Ciri-ciri Umum Surat Rasmi
4. Format Ketiga : Ciri-ciri yang perlu ada
5. Kepala Surat
6. Penggunaan Kata/Ungkapan Khusus dalam Surat Rasmi
7. Penggunaan Kata Nama Diri
8. Pangkat dan Gelaran
Latihan:
1) Universiti Multimedia telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan pertandingan bahas
antara universiti. Majlis tersebut akan diadakan pada penghujung bulan Disember 2001.
Bagi memastikan program tersebut berjalan lancar, satu jawatankuasa induk telah
dibentuk. Anda sebagai setiausaha telah diminta untuk mencatat perjalanan mesyuarat
tersebut. Tuliskan minit mesyuarat tersebut selengkapnya.
2) Andaikan bahawa anda adalah setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di Universiti
Multimedia. Baru-baru ini, persatuan tersebut telah mengadakan mesyuarat
jawatankuasa untuk kali kedua. Anda ditugasi menulis minit mesyuarat yang berkenaan.
Fikirkan agenda yang munasabah. Tuliskan minit mesyuarat tersebut selengkapnya.

Wednesday 8 August 2012

Maknanya Lebaran
(Selamat menyambut hari kemenangan)

Apa makna lebaran
Kepada mereka yang bermakna
Tukang sapu jalan, pengangkut sampah
Pengutip tin kosong dan kotak

Apa pula makna lebaran
Buat yang berjawatan nelayan
Dengan poket kosong hujan nanti
Berjualan ikan kering dan jala kosong

Apalah maknanya gelaran
Sang pelayan, budak pejabat,  jaga kilang
Lusuh berpakaian, compang campingnya
Berjalan senget berkaki tempang
Di kota raya yang penuh kecundang
Dan desa yang sarat kemiskinan

Tiba - tiba makna lebaran
Di hati tukang gunting, peniaga kecil
Pengusaha kraf, tukang jahit, Pakistan jual karpet
Guru mengaji, pekerja asing, mat Indon, mat Bangla
Warga Selatan Thai, buruh warga Rohingya, India muslim, Cina mualaf
Orang asli, orang sungai, orang suruhan, saudara baru
Penyanyi lama ghazal, pendikir, pemain wayang kulit
Penggali kubur, tukang mandi jenazah, pengukir batu nesan
Peniaga kecil yang hatinya bergelora
Mengenang segala persiapan lebaran

Apa khabar makna lebaran
Yang ditulis penghuni rumah orang tua
Yang dilukis anak yatim di pusat jagaan
Yang dimimpi penghuni kandang besi
Dan yang diigau penyewa teksi
Penoreh getah, pekebun sawit, Penanam cili
Manusia gelandangan di bawah jambatan
Lorong gelap tepi tong sampah besar
Seharian hidup berjaja nasib

Lebaran dalam maknanya
Untuk dia pahlawan di sempadan
Pekerja industri di loji dan pelantar
Penjaga samudera, pemantau angkasa raya
Polis trafik, pekerja kontrak binaan, jurutol
Orang kelainan upaya, spastik, pelaut
Perantau, pelajar malahan penyajak
Jujur merasakan nikmat kesungguhan
Jerih perih penulisan


Muhammad Farihin Hassan
Pengkalan Nyireh
Besut, Terengganu
2001

Sunday 5 August 2012

Sajak : Sinar Kasih Ramadhan

Jemari kecil bersalaman
Lembut merenung kita
Yang menghulur seberkas sinar
Sekalung kasih bertatahkan Ramadhan
Selagi terdaya penuh bicara
Hilang kata - kata
Senyum tak seberapa
Tawa tak gembira

Di atas sebuah bukit
Tempat si buta menghafal al Quran
Berlagu nasyid berkasidah nyaring
Penyubur sayu sendu lagu menawan
Alunannya menghanyutkan nada jiwa
Sedangkan tiada di mata melainkan kegelapan

Di seberang jalan
Berdiamnya warga bapa dan ibu tua
Yang ditinggal setelah puas berjasa
Di situ penuh kehibaan lantaran penghinaan
Begitu warga tua itu lekas bersalaman
Cepat mendakap rapat erat amat
Tubuh kita yang bukan anak sesiapun

Sepanjang jalanan sinar kasih Ramadhan
Kitalah pendukung harapan tuk pemberian
Kepada yang hidup penuh pengharapan
Sungguh kita bukan upahan
Ganjaran bukan harga
Pahala, rahmat moga dikurniakan

4 Ogos 2012
Sempena Konvoi Sinar Kasih Ramadhan