Sunday 21 April 2013

TEMAN PENYAJAK

Itulah dia
berhari - hari menulis
mencatit hidup
dalam perenggan hayat
berhibur lagu tulis
bekerja bersama masa

Teman mengira jurang kata
menari dengan pena
jiwa berdansa dengan baca
di lantai penuh sastera

Tidak sanggup meninggalkan dia
walau tidak  ketahuan
kerana dia teman penyajak
bergandingan di atas kertas
berkawan dengan jilid dan bab
berseteru dengan dosa

MUHAMMAD FARIHIN HASSAN
Asia e University
4.12.12
1.38 petang / selasa

Saturday 6 April 2013


MANUSIA - MANUSIA LOLOS

Mudah kenali dia
bukankah itu dia yang berkhutbah
dengan ayat - ayatnya
yang angkara

Lolos mudah manusia munkar
berladang tebu di bibirnya
sepasang tangan bergari noda
punggungnya kurap dosa
pulang ke kampung berkat
mencemuhnya setiap masa

Manusia lolos disuap jamuan
perutnya kian buncit
dipenuhi nanah pembohongan
malam dia mulai menunggang 
kuncu - kuncu tunggangan
yang kakinya dua itu
tangannya tiga lidahnya cabang
siang berjambang

MUHAMMAD FARIHIN HASSAN
Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru
6 APRIL 2013

Universitiku ...


Untuk rujukan rakan seperjuangan di Menara Asia, terima kasih

SEJARAH BM

1-      Bab 3 ms 11-b

 Nyatakan ciri-ciri sistem ejaan Za’ba dan bandingkan dengan sistem ejaan kini

saya jumpa jawapan dan penerangan lebih jelas di  laman web inihttp://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4jul6.pdf, sila rujuk.

2-      Bab 6 – 6.2 – ms 11 – b

Senaraikan penulisan Abdullah Munsyi

Karya-karya Abdullah ialah Syair Singapura Terbakar (1830), Hikayat Kalilah dan Daminah
(terjemahan Tamil, (1835 ), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri
(1837), Dawail-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838), Hikayat
Abdullah (1843 ), dan Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jedah (1854 ).

3-      Bab 9 – 9.1 – ms 9 – d

 Pada pendapat anda, mengapakah perkembangan bahasa Melayu di dalam sektor
perundangan dan kehakiman mencabar jika dibandingkan dengan sektor lain?

Ada orang kata BM ini lemah sebab kurang perbendaharaan kata tetapi Saya Mohd Farihin bin Hassan berpendapat ini disebabkan kerajaan kurang serius atau kerap terlepas pandang dalam menekankan penggunaan bahasa rasmi dalam sistem perundangan kita. Pada 1980 an ada dilaksanakan kempen menggunakan BM dalam mahkamah tetapi kini apa  yang terjadi? Terdapat kejadian istilah inggeris digunakan pengamal guaman telah dibahasa melayukan tanpa merujuk DBP. Situasi ini mengelirukan mereka sendiri sehingga berlaku penggunaan bahasa melayu yang salah dan penggunaan bahas inggeris yang serba salah. Keadaan serba tak kena ini akan sentiasa berllarutan kalau kerajaan masih lemah menanganinya sedangkan ia serius. Saya juga rasa bagi mewujudkan keseragaman peguam sabah Sarawak harus menganggotai majlis peguam. Saya petik kata kata YB Idris Haron BN Tangga Batu di parlimen pada suatu hari semasa membahaskan RUU berkaitan, katanya ‘ia macam teratai, pucuk tak sampai ke langit, akar tak sampai ke dasar.


TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
4. Bab 5 / 5.3 / ms 17-c

c) Kenapa perlunya alat pengarangan kursus dalam
e-pembelajaran?

Penulis boleh memasukkan teks menggunakan ciri yang serupa dalam
pemproses Word yang lengkap dengan komponen seperti senarai, warna
latar belakang dan tekstur, dan glosari.
Penulis boleh menambah objek seperti grafik dan media
 Ujian – Ujian betul-salah, ujian aneka pilihan, padanan senarai, seret dan
lepas, isi tempat kosong, dan soalan esei. Ujian boleh menjana skor secara
automatik dan memberi maklum balas pada satu-satu soalan.

5. 7.1 ms-5 – a

a) Cari dalam internet untuk laman web yang menyediakan
kuliah atas talian yang anda boleh gunakan untuk mengajar
konsep asas & prinsip.

Cuba rakan semua rujuk laman web di bawah :
1-      http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/prinsip-asas-teori-pembelajaran-sosial.html
2-      http://www.islam.gov.my/en/kursus-asas-auditor-tingkatkan-pemahaman-konsep-dan-prinsip-audit-pensijilan-halal

6. bab 8 ms-12-d

d) Terangkan bagaimanan anda menggunakan papan putih dan kertas
kajang untuk mengajar subjek anda.

Saya gunakan papan putih sebagai tarikan murid, saya gunakan pen pebagai warna menarik atau warna warni. Untuk menampal paparan bercetak saya gunakan magnet. Saya juga biasakan murid menulis di papan putih untuk membuat ayat, tulis jawapan dan sebagainya.

Kertas kajang saya galakkan murid gunakannya menulis rangka karangan dan menyiapkan karangan sempurna. Ia juga digunakan untuk menulis nota dan membuat peta minda.