Thursday 15 September 2011

BIARLAH PERGI DENGAN PENUH HORMAT DAN BANGGA

Lelaki itu didakwa kerana menyebabkan kematian. Semasa itu dia sedang menjalankan tugas, berseragam penuh dan berada dalam kenderaan kategori pelbagai guna. Orang lain mungkin tidak tahu apa tugas sebenar lelaki itu tetapi yang penting isteri dan anaknya tahu pada hari itu suami dan bapa mereka keluar rumah bertugas syif malam untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara tercinta ini. Ahli keluarganya juga tahu tugas lelaki itu penuh risiko dan perlu bergadai nyawa demi orang lain, selain daripada itu mereka tidak tahu.

Ketika menjalankan tugas lelaki itu bukanlah orang awam seperti kita, sebaliknya dia ialah anggota pasukan keselamatan yang bersengkang mata juga bersenjata. Pengalaman menjadikan dia cukup cekap dan berdisiplin melaksanakan tugas sehinggakan dia tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Masa secukupnya telah diberi dan dengan penuh cekal dan berani lelaki itu menenang senjata dan mencekah picunya dengan yakin (bukan sewenangnya).

Dia berani sebab itulah tugasnya, tugas yang bukan seperti tugas kita. Ia adalah amanah sebesar gunung atas jemalanya. Ia wajib dilaksana tanpa gagal. Itulah yang sentiasa didendangkannya kepada sesiapa. Tetapi hari ini beliau dihukum kerana melaksanakannya (harus akur) yang dikatakan silap dan tersalah.

Walau apapun percayalah yang beliau pergi kerja hari itu bukan untuk membuat silap mahupun melakukan kesalahan. Isteri dan anak - anaknya tahu tentang itu. Pada hari kejadian dia berpakaian pemberian kerajaan, berkenderaan milik kerajaan dan melaksana tugas amanah kerajaan. Oleh itu seharusnya ketika lelaki ini menerima hukumannya hari ini biarlah dengan penuh hormat.Dia tidak seharusnya dilihat sebegitu.



Muhammad Farihin Hassan

1 comment: