Sunday 18 September 2011

NEGARA KUKU


Saya yakin anda semua masih ingat sebelum ini dia menggemparkan negara dengan penyiaran video melalui youtube lagu Negaraku dalam rentak rap yang diberi judul NEGARAKUKU. Melalui video tersebut pelbagai gambaran tentang Malaysia ditonjolkan antaranya ( merujuk video dalam youtube ) di negara ini adanya morning call mengejutkan orang bangun pagi berlatarbelakangkan ayam dan masjid.

Pada ketika itu ramai rakyat Malaysia yang tersinggung dan tidak kurang juga ada yang membuat laporan dan kenyataan akhbar. Tetapi yang hairannya tiada tindakan diambil menurut undang - undang oleh pihak bertanggungjawab.

Setelah itu kita dikejutkan lagi dengan tindakan budak ini yang berpakaian ala hip hop masuk ke parlimen dikatakan untuk berjumpa seorang menteri bagi membuat sesuatu permohonan. Hebatnya... getus saya dalam hati ini, hina lagu kebangsaan dan malukan negara di seluruh dunia dapat pula jumpa menteri, eh.. ada pula menteri yang nak melayan, agak kalau anak orang kampung saya nak jumpa menteri itu untuk minta asrama penuh dia layan tak?.

Memeranjatkan lagi kita apabila mendapat khabar budak yang hina lagu negaraku ini khabarnya mendapat peruntukan tertentu untuk buat filem, fuhh ... lagi hebat, dan akhirnya atas sokongan banyak pihak filem itu ditayangkan.

Dalam minggu ini akhbar laporkan ada kumpulan tertentu mengamuk marah berdemonstrasi di Ipoh marahkan penayangan filem itu yang dikatakan memberi pengaruh buruk kepada generasi muda. Maka muncullah budak ini semalam ( kelmarin ) meminta kerajaan jangan turut dengan desakan kelompok yang tidak sukakan filemnya kerana kerajaan sendiri telah meluluskan penayangannya selepas tapisan.

Saya sendiri belum menonton filem itu, apa yang saya tahu budak ini masih berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia khususnya orang melayu yang beragama islam. Hanya manusia terkutuk dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup menghina negaranya sendiri dan memperleceh amalan agama orang lain.

Sehingga ke hari ini masih tiada tindakan diambil, mungkin kerana kita sudah tidak punya sensitiviti lagi. Negara dan agama bukan perkara main - main. Kita tidah bersusah payah menjaga negara ini untuk diperlakukan sebegini sewenangnya.

Kerna itu saya pelik sangat apabila kerajaan masih membiarkan budak itu terus terusan berkeliaran, yang lepas dia muncul dalam video di youtube berkenaan isu seorang pengetua sekolah di Johor. Apa sudah jadi ni?

Dalam negara kita ini ramai belia, pemuda yang berwawasan berpendidikan tinggi mengharumkan nama negara di sana sini. Mengapa dalam 'mengurus' rakyat yang tak tahu diuntung ini kita terlalu berlembut. Sedarkah kita dengan memberi keistimewaan kepadanya dan tidak mengambil sebarang tindakan, membiarkan segala perilakunya menunjukkan seolah kita mengajar seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda bahwa tidak mengapa menghina negara dan mencaci agama, nanti kerajaan dan rakyat Malaysia akan maafkan.

Fenoma ganjil ini akan jadi rekod dalam negara. Ia akan jadi rujukan sejarah betapa kegagalan pihak berkuasa menangani isu ini dan sebegini yang pada masa depan entah berapa ramai lagi NAMAWEE dan NEGARAKUKU yang akan muncul

Perkembangan terkini, keberaniaan mengagungkan komunis, mempertikaian status pejuangan negara, hasrat ingin mengubah bendera dan seumpamanya benar - benar menggusarkan saya.

Yang saya paling risau adalah kita sudah tidak punya rasa MARAH !!!



" ORANG JAHAT AKAN MENANG KALAU ORANG BAIK BERDIAM DIRI "




Muhammad Farihin Hassan



















No comments:

Post a Comment