Tuesday 3 July 2012

TENGAHARI SELAT TEBRAU



Setibanya di Selat Tebrau
Tengahari tadi yang panas terik
Membacakan tulisan tentang ia
Telahpun berjuta berita

Ratusan tahun ia bersandar
Pengisahan sebanyak peristiwa
Menerpa selain menjelma
Kisah selat pun bersatu rasa

Mengepung sebuah kemahsyuran
Sekalung ia lamunan dan pilu dicagarkan
Selat Tebrau terus hidup dan terbabas
Hingga ke hujung ketara

Meluncuri masa yang dikurnia
Dikelilingi sesal atau mengkaguminya
Meronta rasa bangga
Tidak perlukan darjat apatah lagi pingat

Itulah Selat Tebrau
Persekitaran bermaruah tinggi harga
Lagi berbudaya taat
Bermegah, pandai berahsia dan bersetia

Dalam diam tapi mendengar
Masih mengukur dan bertengkar
Seteru tertawa di mana – mana
Jauh sekali berkecut perut
Alangkah warga pandai bicara
Serta merta berkata duga


Muhammad Farihin Hassan
Teluk Danga, Johor Bahru
Selasa, 5 Jun 2012
3.30 petang

Disiarkan Harian Metro 10 Julai 2012

No comments:

Post a Comment