Tuesday 3 July 2012

TRAVELOG SHENZHEN GUANGZHOU


                     Kalau nak cakap pasal percutian, memanglah banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di dunia ini. Malaysia juga menawarkan banyak tempat menarik yang istimewa dan terkenal di dunia untuk kita pergi. Pelancongan tempatan harus kita galakkan dan utamakan.
                 Percutian, lawatan dan melancong makan angin memanglah menyeronokkan dan baik untuk terapi minda bagi mengelakkan stress yang sentiasa berkerumun sepanjang kita menjalankan tugas seharian di pejabat mahupun di rumah. Walau bagaimanapun yang ingin saya kongsikan di sini adalah suatu travelog. Ia merupakan sedikit catatan perjalanan saya di lokasi yang biasa dikunjungi rakyat Malaysia, Cuma dalam versi saya ini saya cuba menekankan intipati biasa dengan dapatan dan kesimpulan berbeza yang memfokuskan nilai budaya dan masyarakat yang dikaitkan dengan iklim tempatan kita. Perkongsian cerita yang ringan, segar dan berinformasi ini turut member serba sedikit maklumat sampingan kepada pembaca yang berhasrat untuk melancong tetapi nak dengar atau baca dahulu pengalaman peribadi orang seperti saya yang pernah sampai ke sana. Cita – cita saya sebenarnya adalah mahu jadi pengembara yang mengembara sambil menulis sesuatu untuk dikongsikan kepada sesiapa sahaja. Tulisan Ibnu Battuta adalah yang paling saya kagumi. Khazanah sepanjang zaman itu amatlah berharga. Travelog ShenZhen GuanZhou daripada saya ini hanyalah memperlihatkan skrin saya sebagai diri sendiri.
            Ia adalah destinasi percutian yang tak dapat saya lupakan, Bandaraya Shenzhen yang terletak di Negara Tembok Besar China. Perjalanan menaiki pesawat dari LCCT mengambil masa Cuma empat jam. Setibanya di sana fuhh dahsyat dan besarnya bandaraya ini. Ramainya orang datang ke sini. Kami tiba di Hotel Asta yang terletak di tengah - tengah bandar  iaitu di jalan iaitu Foo Ming. Memang best hotel ni tau, ia pun taklah  jauh hanya kira – kira setengah jam sahaja dari airport / lapangan terbang. Disambut petugas hotel yang kacak dan comel belaka, tak sabar nak masuk tengok bilik. Pehh bilik duluxe  suite. Ia memang selesa, luas, ada kelengkapan cukup. Menyediakan pelbagai kemudahan lengkap dengan gym, spa, jakuzi. Saya terus ambik kesempatan berehat, ternyata tidur dalam kapal terbang tadi belum cukup buat saya. Dengan bilik yang seindah itu jangan tak bangun sudahlah.  Kepada anda yang nak datang ke sini saya cadangkan menginaplah di hotel saya menginap ini, ia terletak di daerah Futian ShenZhen, hotel mewah bertaraf  5 bintang menawarkan 334 bilik dan suite menarik.  Memang terbaik bro!
Rehat pun dah cukup apalagi berjalanlah saya. Khabarnya pemandu pelancong  saya ni yang bernama Micheal akan membawa saya membeli belah. Dia ni rakyat Malaysia berketurunan tiong hua sebenarnya, senior saya di Asia e University. Sekarang dia sedang menghabiskan pengajian peringkat Phd di University of Beijing, jadi bila ada kelapangan dia membuat kerja part time / sambilan iaitu dengan membawa pelancong seperti saya ke tempat – tempat menarik di China, kelebihannya si Micheal ni selain dia kenalan saya, dia juga fasih berbahasa melayu, inggeris dan mandarin maka semakin mudahlah urusan perjalanan saya dari Malaysia ke sini ha ha ha. Kalau pembaca nak tahu Shenzhen adalah bandaraya utama di Wilayah Guandong Selatan China. Kawasan ini merupakan zon ekonomi di China yang paling Berjaya tau. Memang jelas dapat dilihat di Dongmen Pedestrian Street ni, ramainya orang menjalankan urusniaga jual beli, membeli belah, borong sakan dan tak kurang juga yang sekadar window shoping je.
Di Dongmen Comersial Street pula yang dibuka sewal tujuh pagi hingga lewat malam, masa saya di sana adalah paling waktu padat orang datang bersesak – sesak. Khabarnya setiap hari ada jualan murah di sini. Mai shopping  sekali. Wah ramainya…patutlah ia menjadi kawasan pusat mmbeli belah terkenal di tengah Bandar ShenZen. Macam tak percaya tau melihat kawasan ini yang mempunyai pusat membeli belah terdiri daripada kedai serbaneka, pasaraya besar,gerai – gerai yang menjual pelbagai barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup menawan hati terutama kepada kaki shopping. Kepada orang macam saya biasalah… berjalan sambil melihat gelagat orang dari pelbagai benua ketika itu lebih bermakna buat saya.  Menariknya disini anda sentiasa boleh merasai kesan sejarah yang masih belum hilang di tengah – tengah iklim perdagangan moden terkenal di dunia. Kat mana lagi ada tempat macam ni? Kat Malaysia ada tak? Ke kita ni jenis bangsa yang sekali kita cuba merentas arus moden maka segalanya akan kita tinggalkan? Itu antara tandanya saya ketika di sini.
Apapun saya sendiri tak lari daripada keseronokkan kawan – kawan dan sanak keluarga di syurga membeli belah ini. Saya tertarik dengan sehelai baju sejuk warna putih yang cantik dan Nampak kena dengan saya. Cuaca pun memang sejuk tetapi tidaklah sejuk sangat  sampai tak boleh keluar rumah. Di sini anda kena pakai pakaian yang tebal, kadang – kadang kesejukan menusuk seluruh tubuh sampai tercekik ke lubang hidung. Pakaian panas penting untuk lindung diri dan elakkan terkena jangkita selsema. Kalau dah demam nanti apa pun tak boleh!!!
Walau penat berjalan dan berfikir rombongan yang saya sertai itu masih nak berjalan lagi. Kita jalan - jalan lagi, apa aja yg takde kat sini.tegoklah rambang mata dbuatnya. Saya tinggalkan kawasan yang memiliki sepuluh buah pusat beli belah besar dan berates - ratus kedai kecil ini apabila hari hampir mencecah lewat malam.
Hari pertama saya dihabiskan dengan melayan mereka bershoping dan berehat sepuasnya di bilik hotel. Hari kedua di Kota ShenZhen kami terus melangkah ke destinasi sterusnya ermm kali ini ke lokasi menarik dan cantik pula. Tmpatnya dikatakan  memang cantik menarik tertarik kau memang de bomb iaitu Overseas Chinese Town East…..tempat menarik mestilah dilawati betul tak? Di sini adalah kawasan taman – taman bunga dan hiasan, lorong – lorongnya yang direka hias cantik mengingatkan kita dengan pelbagai cerita animasi dan romantic mat saleh yang pernah kita tonton. Ditambah lagi dengan cuaca sejuk, memak feel lah.
Disebabkan kawasan ini luas dan berliku maka kami beramai – ramai naik kenderaan bermotor ala skate boad beroda dua dengan pemegang, berdiri di atas pemijak bila pemegangnya dipulas ia berjalan macam motor. Dengan kenderaan itu penerokaan kami makin jauh lagi hinggalah tiba di Window Of The World ShenZhen. Hah disinilah tempatnya pelbagai replika mercu tanda hebat seluruh dunia dapat kita lihat. Negara yg kita blum pernah pergi hari ni di sini kita boleh jalan satu dunia. Ambil gambar guna kamera Canon EOS600D yang saya baru beli ni, memang puas hati mutu gambarnya. Mencuri perhatian ada bendera Malaysia di sini. Kalau cakap pasal pelancong memanglah ramai, terdiri daripada pelbagai negara, mereka pun berkongsi keindahan dan kemeriahan di kotaraya ini.
            Fulamak biar betul. Pelbagai replika mercu tanda dari negara yg berbeza – beza menyebabkan perasaan kita bercampur baur. Ada masa saya rasa terharu melihat replika tertentu apabila saya teringatkan sejarahnya terutama yang melibatkan sejarah islam dan tamadun dunia yang lain. Di sini untuk lebih selesa lagi kami pun sewa kenderaan yg macam basikal tapi ia beroda empat boleh dinaiki 2 orang menggunakan kuasa letrik. Ada juga antara kami yang menaiki kereta kuda, Maka melawatlah kemi Eifel Tower, Pagoda, Angkor Watt, Piramid dan bermacam lagi. Antara yang paling mengujakan adalah replica Air Terjun Niagara yang sebenarnya terletak antara United State dengan negara Kanada tu. Bergambar di sini, ia antara air terjun terbesar di dunia seronoknya. Puas berjalan kami pun balik tidur sebab esok Micheal nak bawa kami ke negeri lain pula.

Suasana lebih sejuk saya  rasakan pagi ini. Chan Sang Haw (selamat pagi).  Hari ini rupanya kita akan ke satu lagi negeri terkenal iaitu Bandaraya GuanZhou. Sebagai informasi andai pembaca ingin ke sana dari ShenZhen kita boleh naik kereta atau bas yang mengambil masa dua jam atau naik tren yang Cuma mengambil masa lima puluh tiga minit sahaja.
Wahh… siapa yang tak seronok bercuti dalam dua negeri di China dalam masa seminggu. Tak nak buang masa lagi sebab saya pun dah excited dan tak sabar nak tengok bandar GuanZhou yang terkenal tu. Maka lai lai lai jom kita jalan lagi ke destinasi seterusnya. Saya memilih menaiki bas, tujuannya untuk dapat lebih rehat sambil memerhati pemandangan di negara orang dengan lebih detail lagi. Sampai je di GuanZhou saya terus tuju tempat makan sebab perut pun dah lapar sangat. Di restoran separa mewah itu kami makan pelbagai jenis masakan sayuran, ikan, sup dan tak kurang juga masakan berlada dengan nasi memang lazatlah.
Tiba sahaja waktu solat asar maka saya pergi ke tengah - tengah bandar GuanZhou itu untuk bersolat di Masjid Kuasien. Kepada anda yang bakal ke mari banyak lagi masjid seumpama ini di sini. Sebagaimana tahu reka bentuk masjid di sini memang mencuri perhatian. Para jemaahnya juga akan member kita seribu makna sejuta rasa. Pejam celik pejam celik sekejap aja dah malam. Suasana dan pemandangan di kota ini rupanya lebih cantik bagaikan dunia fantasi. Tengoklah limpahan cahaya lampu - lampu begitu menyerikan lagi suasana malam tmpt ini. Bangunan besar turut dihias dengan hiasan berlampu.
kalau nak berbulan madu kat sini memang sangat sesuai. Naik River Cruise dikelilingi cahaya berkuasa tinggi semacam laser suasananya sangat romantik membangkitkan ghairah dan tarikan percintaan. Rakan – rakan saya yang nakal sempat pula mengusik amoi – amoi di situ. Kepada pencatat seperti saya tempat ini memang memberi inspirasi, sambil – sambil tu dengar pula lagu Yuna Terukir di Bintang pehhh memang tangkap lentoklah.  Berlatar belakangkan jambatan dan menara berlampu dan cuaca sejuk pula saya minum minuman panas sambil melihat tebing yang dihias lampu warna warni  dengan seseorang yang istimewa. Amat mengasyikkan melayari perasaan . Selepas ini kami akan balik ke hotel untuk berurut kaki sampai tertidur. Sian he pe..mari kita minum dulu hot coklate.


            Segalanya puas disini, puas bershopping, puas dapat melawat tempat menarik dan makan makanan yang sedap bercitarasa tinggi. Hotel di GuanZhou ini juga memang puas hati, Hotel Jian Guo namanya, reka bentuk hiasan dalamannya moden dan berciri masa kini. Saya memang lepak giler. Sambil menonton televisyen siaran China ini saya melayari internet melalui kemudahan wifi yang disediakan. Tengok facebook, laman web drmaza, Utusan Malaysia online dan menonton siaran tv di Malaysia yang saya ketinggalan. Tidak dilupakan blog kesayangan saya muhammadfarihinhassan.blogspot.com. Terlanjur berinternet saya layari laman web sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkenal di negara kita. Dengan mendaftar sebagai ahli, info di sini akan lebih mudah kita capai berkaitan promosi hebat yang banyak dan kerap mereka tawarkan.
Kita juga boleh Sign up member atau kawan – kawan termasuk ahli keluarga lain. Masukkan butiran diri mereka contohnya  adik bradik kita masukkan. Selepas ini jika ada promosi hebat tak perlu lagi kita telefon sana sini, terus aje masukkan data dan maklumat sedia ada dengan mudah. Ermm mata pun dah mengantuk, saya nak bungkus barang dan tidur sebelum tu menggunakan black berry dari satu talian murah pakej perantauan yang dibekalkan sebuah syarikat telko saya menghubungi orang kampung memaklumkan yang saya akan balik ke Malaysia esok yahoo…..
Sebelum balik sempat lagi berjalan di Jalan Cong San dan Beijing road. Segalanya signifikan di sini terutamanya membawa pulang catatan kenangan di sini. Kepada anda yang nak ke sini, tiga hari di ShenZhen dan empat hari di GuanZhou anda tidak perlu patah balik ke ShenZhen kerana adanya penerbangan terus GuanZhou ke LCCT, mudah kan?.
ShenZhen dan GuanZhou tidak cukup untuk saya mengasuh pemikiran yang meluas tentang dunia. Tetapi sekurang – kurangnya travelog ini telah membantu saya mengenal masyarakat di sini yang susah senyum, suka membunyikan hon kenderaan terutama kepada pejalanan kaki, menipu dalam jual beli beli barang lain diberi barang sama kualiti rendan dan hingga ada yang berikan duit palsu kepada kami. Micheal juga bermakna pada saya, di hari awal lawatan dia bawa kami ke tempat membeli belah yang mewah dan mahal. Rupanya di hari akhir kami dapati ada tempat yang menawarkan barang yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah. Memanglah strategi perniagaan itu bagus kerana rakan saya itu akan dapat komisen tentunya daripada peniaga yang dia membawa kami itu tetapi ia pada saya tidak sihat untuk menjaga reputasi seseorang pemandi pelancong seperti Micheal. Kepercayaan bro itu yang penting, lagipun bukankah kita kawan?. Agaknya betul kata orang bahawa orang melayu itu biasanya pemalas dan orang cina itu biasanya suka menipu. Dalam masa sama saya lebih yakin dengan nilai baik yang disemai sejak kecil dan dicontohi daripada ibu bapa akan dituruti seseorang itu hingga dewasa, ia tidak ada kena mengena pun tentang daripada ras mana dia datang. Kedua kotaraya hebat ini saya tinggalkan dengan serba sedikit cerita dan pengajaran juga kenangan yang saya catatkan dalam ipad2 ini. Tapi sayangnya saya tidak pandai menulis.

No comments:

Post a Comment