Wednesday 10 July 2013

KUARTO KOSONG BERSIH



KUARTO KOSONG BERSIH

Seorang lelaki muda
sedang leka melukis
pada sebidang kuarto kosong
bersih daripada sebarang
warna - warna hilang

Entah apa membawanya
melakar pelangi petang tadi
garisnya bertindihan pergi
warnanya pulang lagi

Tiba - tiba, sekeping akal
menyuruhnya membuat lukisan
yang mengajar masa depan
menulis harapan juga dambaan
bagaikan pokok hutan
yang tumbuh rimbun mengukuh
dari zaman berzaman

Lelaki tadi lama bermenung
perlahan - lahan api dihidupkan
daripada kecil pemetik api
semua lukisannya direnyukkan

MUHAMMAD FARIHIN HASSAN
Asia e University

(Berita Harian Ahad, 30 Julai 2013)

No comments:

Post a Comment