Wednesday 10 July 2013

TEMAN PEDOMAN


TEMAN PEDOMAN
 
Haruskah berani
apabila kebenaran mereput
kekuatan melawan hapus
ingin sewenangnya terbang
pegangan pula tegang
 
Kita di sini belum lagi
boleh pulang renggang
ini kerana kita asalnya
dihantar bukannya didatangkan
 
tugas menghimpun lantas
bukannya sekecil anak
apinya marak membakari
jurangnya pula mendalam
mengambus sesiapa sahaja
yang lekas lemah
mudah puas lemas
 
Di penghujung merah
banyak kisah pemergian
kemas tercatit di dada langit
segunung pendahuluan pun
tersejat dalam rekahan
yang bubar kabus
agar adanya jalan
dan teman pedoman
 
MUHAMMAD FARIHIN HASSAN
Asia e University
23 Jun 2013
 
(Mingguan Malaysia, 7.7.2013)

No comments:

Post a Comment